Video di atas menunjukkan satu perlakuan yang patut kita contohi sebagai manusia yang bertanggungjawab membantu menjaga alam sekitar.
Individu tersebut mempunyai kecerdasan emosi,intelek dan sosial yang tinggi kerana dapat berfikir sesuatu yang positif. Daripada apa yang kita lihat melalui video di atas, lelaki tersebut berusaha mencari tong sampah untuk membuang sampahnya meskipun saiz sampah yang dimilikinya tidaklah sebesar mana pun..
Sebagai peringatan kepada diri kita sendiri, sampah tidak kira secebis atau sekecil mana sekalipun haruslah dibuang di tempat yang betul. Ini kerana sampah yang kecil yang telah kita buang lama kelamaan pasti akan menjadi banyak di merata tempat. Kita bukan hidup seorang diri sahaja di bumi ini.
Oleh itu, sama-sama kita menggunakan AKAL fikiran kita supaya tidak mengganggu EMOSI individu lain, kerana kita hidup berSOSIAL dengan pelbagai golongan masyarakat yang lain.
No comments:
Post a Comment