Monday, 16 July 2012

VIDEO PILIHAN : KECERDASAN EMOSI :)



     Video di atas menunjukkan satu perlakuan yang patut kita contohi sebagai manusia yang bertanggungjawab membantu menjaga alam sekitar.

     Individu tersebut mempunyai kecerdasan emosi,intelek dan sosial  yang tinggi kerana dapat berfikir sesuatu yang positif. Daripada apa yang kita lihat melalui video di atas, lelaki tersebut berusaha mencari tong sampah untuk membuang sampahnya meskipun saiz sampah yang dimilikinya tidaklah sebesar mana pun..


     Sebagai peringatan kepada diri kita sendiri, sampah tidak kira secebis atau sekecil mana sekalipun haruslah dibuang di tempat yang betul. Ini kerana sampah yang kecil yang telah kita buang lama kelamaan pasti akan menjadi banyak di merata tempat. Kita bukan hidup seorang diri sahaja di bumi ini.

     Oleh itu, sama-sama kita menggunakan AKAL fikiran kita supaya tidak mengganggu EMOSI individu lain,  kerana kita hidup berSOSIAL dengan pelbagai golongan masyarakat yang lain.

Tuesday, 10 July 2012

Kecerdasan Emosi

Setelah bergelar pelajar IPG yang bakal menjadi guru, saya mula berfikir samaada tahap IQ dan EQ serta SQ saya mampu untuk membantu saya untuk menghadapi kehidupan baru yang akan saya lalui.

IQ: Berkaitan dengan intelek iaitu kita berfikir tentang hal-hal kebendaan atau fizikal. Contohnya, isu pendidikan atau ingin membeli pakaian.

EQ: Berkaitan dengan emosi iaitu tentang perasaan kita, idea kita tentang kehidupan kita.

SQ: Berkaitan dengan sosialisasi kita. Tahap kemampuan kita untuk bersosial.

Dengan adanya ketiga-tiga kecerdasan itu, saya akan mampu menempu kehidupan saya sebagai pelajar apalagi menyambung pengajian di kota yang mencabar. Apa yang saya harapkan agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan saya akan berjaya menamatkan pengajian dengan menjadi guru yang cemerlang.

Kecerdasan Emosi

Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dari masalah-masalah yang kita tidak ingini. Kesilapan sering berlaku meskipun kita telah mencuba melakukan yang terbaik bukan sahaja untuk diri kita juga untuk orang lain.

Kekurangan kita sebagai manusia, kita tidak dapat membuat keputusan yang boleh menggembirakan hati semua insan.  Meskipun semua orang akan bersetuju dengan keputusan kita, namun pasti akan terdapat seorang individu yang akan terasa hati. Cuma untuk menutup rasa hatinya, dia akan terpaksa berstuju memandangkan semua orang telah bersetuju. Begitulah lumrah manusia.

Emosi. Sukar ditafsirkan. Semua manusia tidak mempunyai 'lorong' emosi yang sama. Emosi manusia berbeza, bak kata pepatah, "rambut sama hitam, hati lain-lain". Oleh itu, kita haruslah saling menghormati perasaan kita dengan orang lain kerana menyentuh perasaan seseorang itu sangat berbahaya.

Kecerdasan Emosi

Kita sering terkeliru samaada kita EMPATI  atau SIMPATI apabila melihat atau terlihat sesuatu yang menyentuh perasaan kita. Simpati dan Empati adalah satu perasaan yang hampir sama tetapi berbeza. Ia adalah persaan yang hadir secara automatik dalam diri kita. Kedua-duanya berkait rapat dengan Emosi kita sebagai manusia.

Empati ialah keadaan apabila kita cuba memasukkan atau merasakan perasaan orang lain. Empati juga berlaku seiring dengan tindakan kita terhadap si pelaku yang menyentuh perasaan kita. Contohnya, apabila kita melihat seorang buta melintas jalanraya, kita berasa kasihan lalu menghulurkan bantuan kepada mereka untuk melintas.

Manakala simpati pula keadaan apabila kita hanya bersimpati sahaja tetapi tiada tindakan yang kita ambil. Contohnya, hanya merasa kasihan apabila melihat orang lain terjatuh tangga tetapi tidak meghulurkan bantuan kepadanya.

Kesimpulannya, kedua-duanya perlu ada dalam diri individu. Meskipun tidak berempati, sekurang-kurangnya kita bersimpati terhadap orang lain. Kedua-duanya berkait rapat dengan tahap kecerdasan emosi kita. Maka, tanamlah perasaan ini dalam diri kita kerana ia memberi seribu manfaat tanpa keburukan kepada kita.

Monday, 9 July 2012

Bolehkah seseorang individu itu berjaya hanya dengan ilmu pengetahuan yang tinggi ada pada dalam dirinya? mungkin juga..bekerjaya, kaya-raya, harta bergunung-ganang, berjaya? Namun jika tanpa kasih sayang, nilai-nilai murni kehidupan, itu berjayakah juga?Segelintir manusia berpendapat kita boleh hidup selesa asalkan mempunyai harta yang banyak. Harta segala-galanya penentu kehidupan yang bahagia. Kita lupa, perkara penting yang kita perlukan sebagai manusia di atas bumi ini adalah kasih sayang daripada insan yang lain. Emosi kita sentiasa kehausan kasih dan sayang.
Hanya berasaskan kecerdasan intelek yang tinggi tanpa kecerdasan emosi dalam diri seseorang individu tidak dapat menjamin kehidupan yang sempurna. Oleh itu, individu yang berjaya bukan sahaja dari dari segi intelektual tetapi juga dari segi emosi dan sosial.Harta yang banyak sekalipun tidak dapat membeli hatta secubit pun kasih sayang manusia. Maka, fikir-fikirkanlah..