selamat tengah malam :)
nampaknya sama seperti malam2 sebelum ni saya terpaksa tidur lewat lg disebabkan komitmen2 yg sangat banyak.. :) tapi, semua itu perlu saya lihat dari sudut yg baik2 saja..kan?? hehe
sepanjang melalui hari tadi, banyak betul benda yang tidak kena saya rasa..maklumlah, manusia..:)
tapi saya rasa tidak salah sekali sekala kita nilai orang lain..ada org cakap "kau nilai aku macamlah kau baik sangat"..saya rasa memanglah orang yang sedang menilai tu tidak baik sangat, tapi berbanding kita dia lebih nampak perangai yang kita tunjukkan (secara luaran) yang kita tidak mungkin akan pernah nampak..sebab tu lah mungkin mereka menegur..
tapi jenis manusia yang tidak suka ditegur ni memang mungkin 'perasan baguslah'..kalau untuk kebaikan biarlah kita ditegur.. :)
emmm, tapi orang yang menegur ni pun mesti pandai 'tapis' teguran..bukan main lepas ja sampai tak hirau perasaan orang lain..tegur tapi agak2lah juga...
hehehe..saya cakap begini sebab agak terkilan bila teguran yang saya bagi tu disalah anggap dan menjadi punca masalah..
pendapat kamu, salahkah kita bertanya kalau tujuan kita mau tau hal yang sebenar dan untuk mengelakkan hubungan kita daripada dilanda masalah???
manusia memang hipokrit, jadi apa yang boleh saya simpulkan jadilah hipokrit dengan berpura2 baik -tidak payah tanya apa2 soalan- kalau ada masalah.. (??)
selamat malam :)
TulisanPenaKu..~
" I received nothing I wanted. But I received everything I needed.."
Wednesday, 26 February 2014
Sunday, 23 February 2014
tak tau lah fakta atau auta.. :/
baru2 ni saya bnyk mmbaca ttg sikap, perangai atau perwatakan anak no.2..
hehe, maklumlah bila dah bosan2 ni pandailah mencari sesuatu yang berkaitan dengan diri sendiri..
selain membaca dari buku, blog kawan2 dsb, saya sebenarnya ada membuat kajian melalui pemerhatian (tapi tidak dibukukan, haha)..dan pemerhatian2 yg saya buat tu saya rasa, em, hampir tepat (sebab saya pun anak no.2 jga, kikiki)..
jadi apa yg saya dapat, pertama, berkaitan dengan emosi..anak no2 ni biasanya dikaitkan dengan sikap panas baran (cpt marah berbanding ank sulung dan anak bongsu)..kalau ada tidak puas hati cepat saja rasa marah..
tapi, walaupun cepat panas..anak no2 ni suka buat lawak jg..selalunya kalau buat lawak msti mnjadi..ni jd salah satu sbb ramai org suka berkawan dgn dorang sbb sikap ramah, kuat berlawak dan baik..
sebenarnya anak no2 ni cpt terasa sbb dorang suka memendam perasaan..kebanyakan anak no2 yg sya jumpa susah betul mau luahkan perasaan kalau ada benda yg dorang tidak puas hati..kononnya salah satu sbb knpa dorang tidak meluahkn perasaan sebab mahu menjaga hati org lain..hehehe..bila lama terpendam sebab itulah jadi cepat marah..
anak no2 ni juga selalunya orang yang kreatif, pandai dan ada kelebihan berbanding adik beradik yang lain..hal ni begini sebab anak no2 selalu rasa tersisih (berkaitan dengan layanan parents lah selalunya) menyebabkan dorang sentiasa mahu maju daripada adik beradik yg lain..yalah, kalau bnyk kelebihan mesti dorang rasa parents akan alihkan perhatian sama dorang kan, hehehe...
hehehe, bnyk lgi sebenarnya yg ada dlm diri anak no2 yg sya mau tulis supaya pmbaca tau, tapi nantilah..akan disambung pada CERITA seterusnya..babai :D <3
Monday, 16 July 2012
VIDEO PILIHAN : KECERDASAN EMOSI :)
Video di atas menunjukkan satu perlakuan yang patut kita contohi sebagai manusia yang bertanggungjawab membantu menjaga alam sekitar.
Individu tersebut mempunyai kecerdasan emosi,intelek dan sosial yang tinggi kerana dapat berfikir sesuatu yang positif. Daripada apa yang kita lihat melalui video di atas, lelaki tersebut berusaha mencari tong sampah untuk membuang sampahnya meskipun saiz sampah yang dimilikinya tidaklah sebesar mana pun..
Sebagai peringatan kepada diri kita sendiri, sampah tidak kira secebis atau sekecil mana sekalipun haruslah dibuang di tempat yang betul. Ini kerana sampah yang kecil yang telah kita buang lama kelamaan pasti akan menjadi banyak di merata tempat. Kita bukan hidup seorang diri sahaja di bumi ini.
Oleh itu, sama-sama kita menggunakan AKAL fikiran kita supaya tidak mengganggu EMOSI individu lain, kerana kita hidup berSOSIAL dengan pelbagai golongan masyarakat yang lain.
Tuesday, 10 July 2012
Kecerdasan Emosi
Setelah bergelar pelajar IPG yang bakal menjadi guru, saya mula berfikir samaada tahap IQ dan EQ serta SQ saya mampu untuk membantu saya untuk menghadapi kehidupan baru yang akan saya lalui.
IQ: Berkaitan dengan intelek iaitu kita berfikir tentang hal-hal kebendaan atau fizikal. Contohnya, isu pendidikan atau ingin membeli pakaian.
EQ: Berkaitan dengan emosi iaitu tentang perasaan kita, idea kita tentang kehidupan kita.
SQ: Berkaitan dengan sosialisasi kita. Tahap kemampuan kita untuk bersosial.
Dengan adanya ketiga-tiga kecerdasan itu, saya akan mampu menempu kehidupan saya sebagai pelajar apalagi menyambung pengajian di kota yang mencabar. Apa yang saya harapkan agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan saya akan berjaya menamatkan pengajian dengan menjadi guru yang cemerlang.

Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dari masalah-masalah yang kita tidak ingini. Kesilapan sering berlaku meskipun kita telah mencuba melakukan yang terbaik bukan sahaja untuk diri kita juga untuk orang lain.
Kekurangan kita sebagai manusia, kita tidak dapat membuat keputusan yang boleh menggembirakan hati semua insan. Meskipun semua orang akan bersetuju dengan keputusan kita, namun pasti akan terdapat seorang individu yang akan terasa hati. Cuma untuk menutup rasa hatinya, dia akan terpaksa berstuju memandangkan semua orang telah bersetuju. Begitulah lumrah manusia.
Emosi. Sukar ditafsirkan. Semua manusia tidak mempunyai 'lorong' emosi yang sama. Emosi manusia berbeza, bak kata pepatah, "rambut sama hitam, hati lain-lain". Oleh itu, kita haruslah saling menghormati perasaan kita dengan orang lain kerana menyentuh perasaan seseorang itu sangat berbahaya.

Kita sering terkeliru samaada kita EMPATI atau SIMPATI apabila melihat atau terlihat sesuatu yang menyentuh perasaan kita. Simpati dan Empati adalah satu perasaan yang hampir sama tetapi berbeza. Ia adalah persaan yang hadir secara automatik dalam diri kita. Kedua-duanya berkait rapat dengan Emosi kita sebagai manusia.
Empati ialah keadaan apabila kita cuba memasukkan atau merasakan perasaan orang lain. Empati juga berlaku seiring dengan tindakan kita terhadap si pelaku yang menyentuh perasaan kita. Contohnya, apabila kita melihat seorang buta melintas jalanraya, kita berasa kasihan lalu menghulurkan bantuan kepada mereka untuk melintas.
Manakala simpati pula keadaan apabila kita hanya bersimpati sahaja tetapi tiada tindakan yang kita ambil. Contohnya, hanya merasa kasihan apabila melihat orang lain terjatuh tangga tetapi tidak meghulurkan bantuan kepadanya.
Kesimpulannya, kedua-duanya perlu ada dalam diri individu. Meskipun tidak berempati, sekurang-kurangnya kita bersimpati terhadap orang lain. Kedua-duanya berkait rapat dengan tahap kecerdasan emosi kita. Maka, tanamlah perasaan ini dalam diri kita kerana ia memberi seribu manfaat tanpa keburukan kepada kita.

Monday, 9 July 2012
Bolehkah seseorang individu itu berjaya hanya dengan ilmu pengetahuan yang tinggi ada pada dalam dirinya? mungkin juga..bekerjaya, kaya-raya, harta bergunung-ganang, berjaya? Namun jika tanpa kasih sayang, nilai-nilai murni kehidupan, itu berjayakah juga?Segelintir manusia berpendapat kita boleh hidup selesa asalkan mempunyai harta yang banyak. Harta segala-galanya penentu kehidupan yang bahagia. Kita lupa, perkara penting yang kita perlukan sebagai manusia di atas bumi ini adalah kasih sayang daripada insan yang lain. Emosi kita sentiasa kehausan kasih dan sayang.
Hanya berasaskan kecerdasan intelek yang tinggi tanpa kecerdasan emosi dalam diri seseorang individu tidak dapat menjamin kehidupan yang sempurna. Oleh itu, individu yang berjaya bukan sahaja dari dari segi intelektual tetapi juga dari segi emosi dan sosial.Harta yang banyak sekalipun tidak dapat membeli hatta secubit pun kasih sayang manusia. Maka, fikir-fikirkanlah..

Subscribe to:
Posts (Atom)