Kita sering terkeliru samaada kita EMPATI atau SIMPATI apabila melihat atau terlihat sesuatu yang menyentuh perasaan kita. Simpati dan Empati adalah satu perasaan yang hampir sama tetapi berbeza. Ia adalah persaan yang hadir secara automatik dalam diri kita. Kedua-duanya berkait rapat dengan Emosi kita sebagai manusia.
Empati ialah keadaan apabila kita cuba memasukkan atau merasakan perasaan orang lain. Empati juga berlaku seiring dengan tindakan kita terhadap si pelaku yang menyentuh perasaan kita. Contohnya, apabila kita melihat seorang buta melintas jalanraya, kita berasa kasihan lalu menghulurkan bantuan kepada mereka untuk melintas.
Manakala simpati pula keadaan apabila kita hanya bersimpati sahaja tetapi tiada tindakan yang kita ambil. Contohnya, hanya merasa kasihan apabila melihat orang lain terjatuh tangga tetapi tidak meghulurkan bantuan kepadanya.
Kesimpulannya, kedua-duanya perlu ada dalam diri individu. Meskipun tidak berempati, sekurang-kurangnya kita bersimpati terhadap orang lain. Kedua-duanya berkait rapat dengan tahap kecerdasan emosi kita. Maka, tanamlah perasaan ini dalam diri kita kerana ia memberi seribu manfaat tanpa keburukan kepada kita.
No comments:
Post a Comment